Wednesday, June 15, 2011

Sengau ==''

Bismillah,


Assalamualaikum, Semoga korang semua sihat dan sejahtera. Tapi saya ni ha yang tak sihat :( semalam batuk-batuk, harini dah makin teruk. Ditambah selesema, asyik sneezing je dari tadi. penat je -.- Tapi yela kann, Allah nak bagi penyakit, kita plak kena ikhtiar macam mana nak cegah dari melarat. Orang kata "mencegah lebih baik dari merawat" tak gitu? Heeeee :') Allah bagi kita sakit, supaya kita ingat akan Dia. Dengan usia muda saya ni, insyaAllah saya takkan lupa diri. Heee, *menulis blog sambil bersin-bersin. Penat =.= Sengau dah macam angsa dah. huuuuu~

Apa saya buat harini? Urghhh, bangun pagi tadi, awal ! Sebab nak pergi breakfast dekat kedai usop, makan nasi lemak sunik. Bestt ! Terbaik dari ladang lahhh :D Ce teka ce tekaaaa, berapa bungkus saya makan nasi lemak tadi? Hahaha. Yang pasti, lebih pada 1 lah. heeee :) Haa, tadi bangun nak mandi, punye lah sakit tekak nih, tak tahan rasanyaa. Macam sempit je tekak ni. Setakat ni baru minum 4 gelas air suam. 2 gelas air sejuk. Hahaha *degil teramat! >.< Hope esok kesihatanku makin pulih. Doakan eyra yepp. (kakak ku cakap, terkejut kot nak masuk belajar lagi 3minggu. ceitttt!) hahaha :D

"Setengah jam kemudian"

Haiyoooo ! Tinggal blog ni kejap. Heee, pergi susun sijil tadi. Esok nak pergi pos surat jawapan politeknik. InsyaAllah, ada sikit lagi yang perlu settle, kalau cepat settle, boleh lah hantar esok. Hmm, tadi pergi lepak rumah mak long saya. Sebelah rumah je pun. Pergi btao pasal ni. Aihhh, sayang plak nak tinggal mengaji, tak sempat nak khatam. Takpe mak long, saya duduk sane nanti, saya akan baca Al-quran itu bila saya ada masa lapang, dan saya harap saya dapat baca dengan lancar. Saya nak faham maksud ayat-ayat tuh, tak sempat belajar dengan mak long. Takpe, kawan saya dah bagi terjemahannya. Boleh saya belajar slow-slow. Mak long, ada 3 minggu lagi ni, boleh mak long ajar lagi. Bila duk sane nanti, kalau susah hati, atau ape-ape jelah, boleh saya membace Al-quran. Mak long doakan saya kat sane eh.

Fuhhhh, gila bapak saya bersin sesaat sekali. aishh =='' dah nak tercabut anak tekak, dengan hidung ni sekali haaa. Hidung dah macam badut. Awww! hahaha. Hmm, kat sini cuaca tak menentu je. Kat korang punyer tempat macam mane? Sebab cuaca tak menentu kot jadi suhu badan pun tak menentu. Ni skang pun, ramai yag demam. Hope uols get well soon yeahh. Ni guruh ni, mahu tutup dah lappy. Ade mase, saya update lagi ye. Thanks pada pembaca setia blog saya yang selalu bace celoteh celetoh tentang kehidupan saya. Ade ape yang perlu saya share kat sini, InsyaAllah saya akan share.

Semoga hidup anda dirahmati Allah swt

Posted at 6:52 PM 15/6/2011

No comments:

Post a Comment