Sunday, June 26, 2011

Stress. Arghhhhhh!

Bismillah, 

Assalamualaikum. hey peeps, korang stress tak harini? Heee, Entry kali ni, nak bagitahu sikit sikit tentang stress. Kalau korang stress, and tak tahu nak buat macam mana, meh tengok entry sayaaaa yang ini. Kalau stress masuk blog sayaa, better tak payah masuk, kang stress anak orang masuk TR kangg, tak pasal pulak, kene saman. hikhik *merepek aje tahu. huhu!
Okay, jom kita tengok sikit apa itu STRESS :)

Ahli psikologi klinikal Gleneagles KL, Maureen Lim berkata Stress atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia berbeza bagi setiap individu atau masa.



Haaa, stress ni tak kenal mangsa tau. Bukan orang dewasa je boleh stress, kanak-kanak pun boleh stress. kanak-kanak berdepan dgn stress apabila perlu mmbuat persiapan mghadapi exam, tuisyen mahupun hubungan rakan sebaya. Pelajar kolej stress dgn exam dan masalah kewangan.
Hm, korang tahu, korang stress sbb apa? O.o? Jom tengok punca stress yang biasa dialami  sesetengah masyarakat :)
  • perlu membentangkan kertas kerja atau projek - biasanya dihadapi oleh bos
  • kerja - tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
  • masa - mengejar masa
  • persekitaran - kadangkala kualiti hidup yang baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran
  • kesesakan lalu lintas - misalnya di KL, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika hujan lebat
  • masalah keluarga - menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
  • bentu badan - terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan
  • isu kewangan
Bila kita stress?
  • dalam bahaya
  • cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
  • pengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
  • melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
  • melakukan semua seorang diri
  • tidak sanggup berkata tidak
  • membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati
Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stress

  • seseorang memungkiri janji
  • masalah dgn komputer
  • tidak siap kerja
  • tidak boleh tidur
  • kehilangan sesuatu spt dompet, handphone
  • ingin mengadakan persembahan
  • memohon kerja
  • tiada masa untuk makan (eyra salu ada hahaha)
  • kematian (ahli keluarga, kawan atau pet)
  • pertengkaran, konflik dgn rakan
  • jadual yg tidak menentu
  • tergesa-gesa kerana kesuntukan masa
  • rasa dipinggirkan (kdg, saya punn mengalami :)
  • PUTUS CINTA
  • kesukaran parkir
Dan banyak lagi laaaaa. Ni pun byk skip. Huhuhu,

Tanda stress
  • Fizikal - gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit birit, hipertensi, mulut kering, tapak tgn berpeluh
  • Emosi - kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak berdpn masalah, menafikan ada masalah
Kenapa kita stress?
  • Faktor diri - masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
  • Faktor sosial - persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
  • Faktor trauma - berlaku situasi yang tidak diingini
  • Faktor fikiran - risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui
Langkah menangani stress
  • elak dari keseorangan, berjenaka, ceritakan masalah pd rakan, dapatkan kaunseling, tahu tahap stress, seimbangkan antara kerja & waktu berlibur
  • tingkatkan kemahiran ntok settle masalah, pengurusan masa dan konflik. mengikuti latihan, bertenang
  • dapatkan makanan yg berkhasiat, lakukan program kecergasan, kurangkan pengambilan mknn yg mengandungi bhn yg mnyebabkan stress spt kafein, nikotin, gula dan alkohol. Bertenang dan bersenang-2
  • Tukar kerja, aturkan kerja - jika boleh, anda boleh bekerja dalam pelbagai program berbeza, akibat kesihatan mental yg diabaikan, seseorang itu mgkin mengalami - perasaan rndah diri, tkanan dlm hidup, pertlingkahan. elak dari melakukan kegiatan tidak bermoral (penzinaan, sumbang muhrim, bohsia, minum arak, dadah), ubah suasana tmpat kerja yang tidak menyenangkan
Dan bnyak lagi cara ntok menangani masalah stress :)
Ni yang saya dapat dari facebook, masingmasing ada tips, Jom tengok :)

ade sambutan jugak lah kan :)

diorang punya tips, mantop gilaaa, sape-2, bole ikot je, tak salah pun, diorang tak merepek :)


tapi yang ni, bnyk merepek. hahaha. 




Saya nak say THANK YOU pada yang support page saya nih, and thanks pada yang bg tips tuk tangani stress :) Thanks. Ka yon, Ema, Mashi, Eira, Cty, kak Nana, fiqa, Qila, Mai, Achik, Azril, Hazwan, Nir, Muz, Mummy Miera, Amir, Liu, Emi, dan Lastttttttt Hazim bapak dia handsome. haha. tak boleh blah statement dia tuh. aishhh -.-

dah laaaaa, ckup ntok kali ni okayyyy :D
Semoga korang dapat tangani stress dgn baik, dan jalani kehidupan dgn ceria dan segumbira mungkin. Tataaaaaaa

Posted at 4:20 AM 26/06/2011

No comments:

Post a Comment