Assalamualaikum. Salam jumaat untuk semua :)
wuhuuu, harini dah masuk hari ke-6 tahun 2012 dan semakin hari semakin banyak ujian yang Allah berikan untuk hamba Nya yang hina ini -.-
Haaa, sebelum itu, saya nak ucap ALHAMDULILLAH, syukur kerana saya dapat sambung belajar di UiTM, Kuala Terengganu. Hm, entry sebelum ni, ada saya sentuh pasal tempat saya belajar kan. Now, nak cerita sikit perjalanan hidup saya sepanjang saya tak update belog ni. Haha.
Bulan 7 2011, dapat tawaran ke Politeknik, Kuantan. Masa tu kecewa gile, sbb tak dapat UiTM. Yelaa, masa isi UPU, dah memang berharap sgt lah kan. Tp apakan daya, masa tu, rezeki di Poli. Saya sempat belajar 4 bulan kat sana (cehhhh, cerita masa belajar kat poli macam belajar kat obersi) haha :D
Dalam 4 bulan saya menggodam buku kat sana, banyak pengalaman yang saya dapat, banyak ujian dan dugaan yang saya tempuh, dapat ramai kawan kat sana. Alhamdulillah, saya masih berdiri tegak kat sini :)
Semenjak saya jadi siswi, saya belajar berdikari, saya belajar untuk tidak boros, saya belajar untuk kawal nafsu saya. Yela, perempuan ada 9 nafsu :p (ada kena mengena ke?)
Bila saya dah selesa dengan kehidupan saya di poli, datang satu pilihan yang memang saya sangat buntu untuk buat keputusan. (Dapat tawaran ke UiTM)
Tapi untuk saat ini, saya ikut keputusan family saya. Diorang lebih tahu kat mana saya patut berada. Saya ambil pengalaman saya, kesilapan yang saya pernah buat, saya tersilap langkah di poli dulu, saya betulkan di UiTM. Saya betulkan niat saya, sbb saya tahu, saya akan lalui benda yang sama di Poli, cuma suasana yang berbeza, rakan yang baru.
Alhamdulillah, sekarang saya boleh tempuh dengan baik dan selamat segala dugaan yang diberi. Saya pun bersyukur dapat UiTM yang dekat dengan rumah, yang tak besar macam UiTM Shah Alam dan UiTM yang lain lahh. hikhik :D
Hmmmmmm, Hampir 3 bulan saya di UiTM, sejujurnya saya masih 'blur' dalam belajar. walaupun orang cakap, "Eyra mesti boleh punyer, kan dah refresh kat poli dulu, benda sama je kannn"
tapi tu orang cakap, tapi bukan diri ini yang cakap. Otak saya bukan di UiTM kottt (Eyra, tolong jgn fikir negative!)
Tapi tu yang datang dalam kepala saya sekarang. Nak nak, ni dah week ke 6, 7 macam tu. Banyak test, quiz sedang menanti. Saya tak boleh tahannya, dia datang macam 'tsunami'. Semua benda tu nak kena buat sekali gus. grrrrrr :(
Nak menangis pun ada, dah mengadu dekat cousin kesayangan, si Iryani Wahab. Lega sikit. Kalau tak, memang tak tahu nak mengadu kat sape lagi. Hmmm,
"Eyra, awak kena tahuuuu, awak tu siswi. awak bukan budak sekolah lagi. Tolong sedarrrr!"
hmmm, dah start merepek dahhh ==''
Start from now, nak prepare untuk 'tsunami' yang bakal datang ni. Doakan lah kejayaan saya. Tangan ni takkan penat menadah, berdoa dekat Allah. Allah akan selalu menjadi tempat saya mengadu, saya tahu Allah sentiasa berada dekat dengan hambaNya :')
BERSEMANGAT! OKAY EYRA? :')
Btw, kat UiTM ada kawan yang sangat happeninggggg, sporting, gila, bengong. Hahaha.
Time saya sedih, happy, dia always ada dekat saya. Saya annoying ke, dia tetap melayan saya. Dia sangat happening, dia sangat sporting, dia selalu bagi semangat, dan dia sangat sayang saya (Opssss, adakah saya perasan?) O.o
hahaha Siti Najwa Huda anak Uncle Halim menjadi teman 24 hours saya :D Thanks for being my friend. Kalau tak awak, sape lagi nak berkawan dengan saya :')
Assalamualaikum.
Updated 6/1/2012 at 6:36 PM
No comments:
Post a Comment