Thursday, June 7, 2012

babysitter :)

Assalamualaikum.

phewww! lame sangat aku tak update blog, since final sampai dah nak masuk sem baru :) cuti sakan nampak aku ni. hehehe.

takde lah cuti mana. 30hb march hari tu abes exam. 1hb april terus start jadi babysitter. jaga anak buah tercinta. budak mat salleh celup ni sorang je lah anak buah yang baru aku ada sekarang. sempat jugak lah 21 hari jaga dia.

tu pun bergilir dengan papa dia. yelah, bila nak hantar dekat nursery je, terus dapat news tentang dera budak dekat nursery, budak tersedak susu dan byk lagi lah kes kes. terus tak yakin nak hantar, so kita ikhtiar lah ahli keluarga yg terdekat je lah jaga budak kenit comel ni.


Tuan Ammar Syafiq bin Tuan Azman Sardy. haaaa panjang nama dia kan. hehehe.

aku jaga dia ni lillahi taala. ikhlas aku jaga budak ni. sepanjang 21 hari aku jaga dia, hidup aku serabut sikit lah, lambat mandi, kelam kabut bila dia nangis, nak panaskan susu dan makanan dia lagi. hehe. makin lama aku makin biasa :) bila fikir fikir, aku dah boleh prektis untuk jaga anak. hehehe. tapi aku jaga bukan seorang. tapi bantuan mak saudara aku :)

jaga anak ni, kesabaran itu perlu ada. perlu tanam dalam diri ni dari awal. kita ni tak tahu ape budak budak nak, dia pun tak faham kita, kadang-kadang Allah nak uji kita sekuat mana kita menjadi seorang ibu. ye, aku tak pandai nak bercakap soal ni sbb aku belum lagi menjadi seorang ibu. tapi sejak aku jaga budak ni aku dapat rasa pengorbanan dan ade pengalaman menjadi seorang ibu :')

tapi satu je aku fail. BASUH BERAK! hahahaha :D euuuww, sampai sekarang tk berani nak basuh berak. geli :p tapi pernah sekali lah tonyoh bontot dia, sebab masa tu taik dia sikit je. hehehe. aku tak dapat ambil gambar banyak pun sbb terlalu sibuk menjaga budak Ammar ni. dia naughty sometimes. hehe.

ni time dia tido, kadang kadang senang nak tidokan dia, kadang kadang susah.


atotototo tomelnyaa. hehehe. selalu nyanyi twinkle twinkle untuk dia. hehe. tapi selalunya alunkan lailahailallah lah untuk dia. dia terus lena :)

banyak lah aktiviti kami kat rumah berdua. huhu sampaikan susah nak cerita kat sini :) hmm, selalu kalau tgk dia bosan je asyik pusing satu rumah ni, bawak si Ammar ni pergi rumah mak long. rumah mak long sebelah rumah ni je :) dia pun main lah dengan pak sepupu dan lain lain. hehehe. semua orang happy main dengan si Ammar ni. dahlah comel, cool je. hihi.


ni salah satu menu makan hencek Ammar tembam ni. hehe. mana tak tembam. makan pasta! huhu.

Ammar ni makan macam macam. mak dia ajar makan macam macam. porridge (carrot + potato + chicken) , (apple + mango), (apple + kurma), (ikan + lauk singgang) wahhhhh! hehe and macam macam lagi. best kan Ammar ni. hihi. tapi susu satu hari memang byk lah dia isap. dan dia still breastfeed :)

dia still tak bole berjalan tapi hyperactive dia ni. ligat dia pusing. haha. aku letak dia dalam walker je kalau aku nak buat kerja or nak panaskan susu dia. yela. bahaye buat tu sambil dukung dia kan.


tengok kaki dia macam nak menari ballet dah. haha. ni lah usaha dia nak panjat dari walker dia ni. hehehe. kalau dapat tangkap gambar muka dia, sumpah korang gelak. hahaha :D naughty boy!


tengok hencek Ammar kita ni, buku cik su pun dia nak main ye, tu dah tak usik sbb kena marah la tu. hehehe. phone cik su pun bole jadi mangsa gigit dia. hahaha. takpe lah. Ammar punye pasal, gigit lah puas puas :)


yang ni dia baru lepas bangun tido. haha gelak sakan sbb cik su dia ni letak kereta mainan dia kat mulut, then jatuhkan. hahaha. gelak macam aku buat lawak antarabangsa kot ==' tapi suka dgr dia gelak. hilang tension aku kejap. hehe


hencek Ammar pun layan spongebob okay. sambil 'makan' buku dia. hehehe


ni pula time dia demam, kesian. dia hyper bole bertukar jadi senyap and nangis nangis. masa ni temp dia 38++ darjah.
maaf Ammar kalau cik su tak dapat jaga Ammar dengan baik :')

actually banyak lagi nak cerita pasal Ammar. tapi sampai kat sini jelah. aku pun dah penat menaip ni. hahaha. pape pun, hencek Ammar ni dah makin bambam dan geram nak gomol gomol. hehe. Cik su sayang Ammar, mesti rindu Ammar bila cik su dekat kolej nanti :')

Ammar duk dengan mama dan papa jangan nakal2 yeaaaa. Muah pipi kiri dan kanan Ammar.

tidur lah dengan senyuman. heheeeeee
Salam :)

posted at 2:13 am 07/06/2012

2 comments:

  1. hehehhee.. bagusnye ciksu ye jage ammar kn.. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, banyak sgt idea smpai dop tertulis kat sini. byk lagi nk cter senonyer. hmm okay dop tirah create? macam bosan je bile bce kan? hihi :)

      Delete