hyehye :)
entry kali ni nak mengarut sikit pasal sejenis parasit ni. parasit mana pulak? K.U.T.U ==''
Aku takde lah nak malukan sape sape. tapi aku saje tetiba nak buat research tentang kutu. kutu ni banyak, tapi aku macam nak membebel pasal kutu kepala je. haha. buat research selama 5 minit, baru lah aku boleh membebel kat sini.
Okay seperti yang korang tahu lah, bila kutu kepala ni mesti lah dia menginap atas kepala kan? takkan dekat rambut kat ketiak pulak. Opsss. ahahaha. Kutu kepala ni suka hisap darah dan air liur kutu tu lah penyebab tuan punya kepala tu gatal yang amat sehinggakan ade yang tergaru garu macam beruk. kesian kan?
Kutu betina ni mampu bertelur 6 biji dalam sehari. fuyoo. rakus betul kutu ni :O telur kutu ni akan melekat pada rambut dan menetas dalam masa seminggu. Kutu ni berjangkit. Kebiasaannya, kanak kanak laaa yang selalu dapat jangkitan kutu ni daripada kawan kawan mereka. tidak terkecuali dengan budak sekolah yang berada di asrama. student Universiti terkenal pun, sesiapa yang pembawa, pasti ade yang berjangkit. Kesian kan? Kutu ni cengkamannya kuat pada rambut dan kulit kepala ni. Cara dia berhijrah ke kepala orang lain melalui berus atau sikat rambut apabila kita berkongsi dengan si pembawa, tuala apabila kita sebilik dengan si pembawa, dia tengah duk keringkan rambut dia then kibar kibar tuala dia macam kibar bendera. haha. bantal juga, kalau kita tidur sebantal dgn dia. euuuuwwwww!
Kutu ni tidak bersayap, tapi dia mempunyai kebolehan dengan lompatan yang tinggi, dengan punca yang aku cakap tadi, dia boleh berhijrah kemana kepala yang dia suka, tidak kira, kepala tu bersih atau kotor. orang tu pandai or tak pandai jaga rambut dia, kutu akan lompat kemana saje yang dia nak. *kenapa lah kau tak masuk olimpik lompat tinggi je kutu =.=''
aku taknak membebel banyak banyak so aku akan cakap cemana nak hilangkan kutu. aku taknak lah korang bawa kutu ke kepala orang lain pulak, kesian doee! :(
yang aku tahu, guna sikat kutu tapi rendam sikat tu dalam cuka dulu supaya telur senang nak lekat dekat sikat tu. rendam sikat sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dan sebagainya dengan ubat kutu untuk beberapa jam. Basuh cadar, tudung kepala dan sebagainya dengan air panas, dan macam macam lagi lah. *penat gak menaip ni cik abg cik kak -.-
ada cara lagi, tapi kalau korang rajin lah :D
ambik beberapa biji bawang putih. haaaa sebut bawang putih mesti taknak buat kan? sbb bau nyaaaaa. hahaha. tapi mane tahu berkesan :) okay, kupas dan tumbuk bawang putih tu sampai lumat. campurkan sikit dengan minyak masak. *ehh jangan ingat aku nak ajar memasak pulak. okay lepas tu lumurkan ke kepala tapi pastikan kene pada rambut hingga ke kulit kepala. step seterusnya, amek kain dan seeloknya warna putih, balut keseluruhan kepala anda selama sejam :) sebab ape kain warna putih? bila nak buka nanti, akan nampak kutu kutu yang mati lekat di kain itu :) lepas tu boleh lah mandi sebersih bersih nya guna syampu anda lah :) heeee.
korang boleh gantikan minyak masak tadi kepada minyak tanah. pun same caranya. tapi kalau korang tahan lah dengan bau minyak tanah tu. sebab dengan minyak tanah ni sangat berkesan, lebih lebih lagi bila banyak tentera kutu tu :D hahaha.
itu sedikit sebanyak sebeban yang aku dapat share. aku sebenarnya tak pernah mengalami situasi ade benda menumpang atas kepala ni. dan aku minta dijauhkan sbb itu lah aku post benda ni supaya sesiapa yang berada dekat dengan aku, jangan sesekali menjadi pembawa. bukan aku nak menghina, tapi banyak ikhtiar untuk hilangkan si KUTU degil tu.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment